• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • About
Blue Orange Green Pink Purple

Assalamualaikum W.B.T.!!

I Bid U Welcome

Dear Jenans 0105, I wish you a warm welcome to the Official EXTREME GENERATION official Home Page. The main objective of this Home Page is to serve as a meeting point for all members from near and far, regardless of country, and status. This Home Page is also aimed at serving our community,.....

Read More

FORUM: “JIHAD BISNES SASAR 65%, BUKAN 30%!”

Blog Business Jihad sebenarnya turut ditujukan sebagai satu ruang atau platform untuk berinteraksi dan berdialog mengenai isu yang sangat penting ini. Bagi tujuan mengaktifkan lagi interaksi dan dialog yang membina, dua kolum baru iaitu “FORUM” dan “BUSINESS JIHAD JOURNEY” kini diperkenalkan. Harapan saya, kedua-dua kolum ini mampu merealisasikan sepenuhnya matlmat dan objektif Jihad Bisnes yang bertujuan memartabatkan ummah.

Kolum pertama iaitu “FORUM” akan difokuskan kepada isu semasa yang berkaitan dengan perjuangan Jihad Bisnes untuk mengembalikan kegemilangan dan kekuatan ummah yang telah lama hilang, terutamanya dalam sistem ekonomi global yang dipacu bisnes pada hari ini. Para pelawat adalah digalakkan untuk sama-sama menyumbang idea dan pandangan yang berkaitan dengan topik dan isu yang dibincangkan.

Matlamatnya adalah untuk menggalakkan perdebatan dan menggariskan pelan tindakan bagi membolehkan usahawan Muslim dan eksekutif korporat terutamanya untuk bersama-sama bangkit dan memainkan peranan masing-masing untuk membawa perubahan dan meningkatkan taraf kehidupan kepada yang lebih tinggi sekaligus membebaskan umat daripada tahap kemiskinan pada hari ini. Kemiskinan selama ini telah mengakibatkan kelesuan, peminggiran, kemelampauan dan penindasan yang kita alami.

Kolum kedua yang akan diperkenalkan adalah “BUSINESS JIHAD JOURNEY” yang bertujuan untuk berkongsi pengalaman bersama para pelawat mengenai program atau aktiviti yang dijalankan yang berkaitan dengan agenda perjuangan Jihad Bisnes.

Kolum “BUSINESS JIHAD JOURNEY” antara lain akan memuatkan pengalaman peribadi penulis dalam program, perjalanan dan lawatan yang mempunyai hubungan secara langsung dalam mencari pengalaman dan idea baru berkaitan Jihad Bisnes yang diharapkan mampu membawa perubahan dalam masyarakat Muslim melalui reformasi ekonomi pacuan bisnes. Cara terbaik adalah dengan mengenengahkan kejayaan bisnes pada masa lalu dan sekarang di kalangan Muslim.

Saya amat mengalu-alukan pelawat sekelian untuk terlibat secara aktif dalam blog ini melalui perkongsian pengalaman masing-masing untuk dimanfaatkan kita semua. Inilah perjalanan yang harus kita tempuh bersama untuk menjayakan aspirasi dan matlamat Jihad Bisnes.

Sebagai permulaan, saya mulakan Forum ini dengan pandangan peribadi saya mengenai “Dasar 30%” sasaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dilancarkan pada awal tahun 1970an.

Minat saya dalam membawa para pembaca kepada subjek “lama” ini adalah berkaitan dengan satu artikel yang dikeluarkan dalam Utusan Malaysia pada 8 Jun bertajuk “Pemuda Pas tetap pertahan ekuiti 30%” yang merujuk kepada sasaran 30% DEB.

Saya selalu menegaskan bahawa sesungguhnya 65% wajib dijadikan sasaran oleh Muslim Malaysia, sekaligus menolak sasaran lama 30% DEB tersebut! Dalam Jihad Bisnes, kami telah menjadikan sasaran 65% sebagai lambang kepada aspirasi ini.

Rasional dan logiknya adalah mudah. Jika Muslim dan Bumiputra mewakili 65% daripada populasi penduduk Malaysia, prinsip yang lebih adil bagi pembahagian ekuiti menuntut agihan kekayaan “kek ekonomi” negara perlu dikejar dan disasarkan pada 65% sebagaimana nisbah saiz populasi kaum masing-masing.

Apa jua nisbah yang diberikan kurang dari 65% secara jelasnya bertentangan dengan prinsip keadilan sosial. Sesungguhnya nisbah yang kurang dari 65% pada jangka panjangnya akan memerosotkan kedudukan mereka sendiri. Ia akan mengakibatkan pengecilan kekal berpanjangan, sekaligus juga satu perangkap (andainya diizinkan saya mengguna istilah Presiden Amerika Barack Obama dalam ucapan beliau baru-baru ini yang disampaikan di Kaherah ditujukan khas kepada umat Islam), satu perangkap yang akan menjadikan umat Islam “banduan kepada sejarah lampau”. Sesungguhnya, nisbah yang kurang dari 65% sekaligus merupakan satu penghinaan kepada maruah Bumiputera terutamanya kaum Melayu sebagai Muslim dan kepada Islam sebagai agama yang benar bagi khaira ummah.

Debat yang lebih mendalam perlu difokuskan ke atas apa yang perlu dilakukan oleh kaum Melayu dan Muslim untuk mencapai sasaran 65% daripada apa yang mereka perolehi pada masa ini. Di sinilah Jihad Bisnes sebagai satu gagasan penyelesaian kepada keadaan ini.

Umat Islam tidak mempunyai pilihan selain daripada berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai matlamat ini dan melakukan perubahan. Mereka perlu bermuhasabah dan kembali kepada ajaran Islam, sejarah kejayaan dan pencapaian kekayaan terdahulu, mengenalpasti keupayaan, sumber kuasa dalaman dan motivasi menuju kejayaan. Justeru, mereka perlu mencari landasan baru dengan menggunakan kebijaksanaan yang diwarisi serta semua ilmu pengetahuan, kemahiran dan kepakaran termasuk melalui “teknologi organisasi” dan membina institusi-institusi yang mampu menyokong dan mengekalkan usaha ini generasi ke generasi.

Paling penting sekali, mereka perlu mentakrifkan semula agenda yang memberikan inspirasi dan membawa mereka kepada tahap yang berbeza – tahap yang seharusnya dicapai oleh umat Islam sebagai khalifah. Justeru, sasaran dan program-program untuk mencapai 30% sebagaimana yang telah ditetapkan dalam DEB yang hanya akan menjadikan mereka kekal lemah, lesu dan ketinggalan adalah wajar ditolak!

petikan dari, www.businessjihad.com(written by Muhammad Ali Hashim)

Read More 0 comments | Posted by anonymous edit post

0 comments



Post a Comment

Newer Post Older Post Home

.:Extreme:. .:Generation:.

  • Tentang Kita
      Exreme Generation is a group of people trying their best to the best among the best. This is where we share to the world what we have archieves. We share the glory of X-Gen in our days back then and the days to comes. Our ups and down together as we struggle on our way to victory. Hidup Extreme Generation!!
  • Links n' Sites

    • The Exploders
    • TuNaS bLogsHop
    • HOMEPAGE
    • PEMBAYARAN DANA ASB
    • DaNa ExTreMe
    • Portal Rasmi SMSAH
    • JENAN 0105
    • SMSAH Group(Facebook)
    • Persatuan Bekas Pelajar SMSAH
    Site Meter

    Penanda

    • Aktivi Ko-Ku Luar (5)
    • Cadangan Dan Saran (5)
    • Kata-kata Aluan (1)
    • Memories (2)
    • Motivasi (1)
    • Sejarah (1)

    Arkib Angkatan

    • ►  2011 (12)
      • ►  September (3)
      • ►  May (7)
      • ►  February (1)
      • ►  January (1)
    • ▼  2010 (16)
      • ►  December (2)
      • ►  November (1)
      • ►  August (3)
      • ►  July (1)
      • ►  May (1)
      • ▼  April (1)
        • FORUM: “JIHAD BISNES SASAR 65%, BUKAN 30%!”
      • ►  March (2)
      • ►  February (1)
      • ►  January (4)
    • ►  2009 (96)
      • ►  December (5)
      • ►  November (2)
      • ►  October (11)
      • ►  September (6)
      • ►  August (15)
      • ►  July (16)
      • ►  June (11)
      • ►  May (13)
      • ►  April (16)
      • ►  March (1)

    Papan Putih


    ShoutMix chat widget

    Peminat

  • Search






    • Home
    • Posts RSS
    • Comments RSS
    • Edit

    © Copyright .:Extreme Generation:.. All rights reserved.
    Designed by FTL Wordpress Themes | Bloggerized by FalconHive.com
    brought to you by Smashing Magazine

    Back to Top