HARI KERJAYA SMSAH 2009
Pada 3 Oktober 2009, Program Hari Kerjaya SMSAH 2009 telah diadakan bertempat di Dewan Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim. Program julung kali diadakan ini dianjurkan oleh Persatuan Bekas Pelajar SMSAH, kawasan tengah. Program sehari ini menpunyai matlamat dalam memberikan pendedahan awal mengenai kerjaya serta panduan temuduga kepada bakal graduan SMSAH tahun 2009.
Program ini telah dirasmikan oleh Dato' Wira Haji Yusof Nayan, bekas datuk bandar Alor Star. Beberapa ahli Jawatankuasa induk seperti Datuk I Ting juga telah menyertai majlis pembukaan. Program diteruskan dengan ceramah serta aktivviti kumpulan yang telah diaturkan
Selain dari aktiviti ceramah dan perbincangan kumpulan, ahli alumni dari pelbagai universiti telah dijemput untuk membuka 'booth' untuk mempromosikan universiti masing-masing. 'Booth2" ini telah mendapat sambutan yang mengalakkan
Rata-rata, ramai pelajar yang amat berpuas hati dengan program sehari ini. Mereka amat berminat dengan aktiviti kumpulan terutamanya 'mock interview' yang telah dijalankan. Pihak pengurusan sekolah juga amat menghargai sumbangan persatuan serta menjemput persatuan untuk kembali pada tahun depan.
Sekalung penghargaan yang tak terhingga buat semua tenaga kerja terutamanya ahli alumni yang telah mengorbankan masa dan wang dalam menjayakan aktiviti ini. Penghargaan juga buat Naib Presiden PBPSMSAH, Tn Haji Razali, dalam memberikan bimbingan serta panduan dalam pengendalian program. Jumpa lagi di HARI KERJAYA SMSAH 2010
thanx tu abg2 n kakak2 yg mmbantu..