Jul
09
Pada 4 Julai yang lepas, pasukan debat BI SMSAH berangkat ke PICC, Putrajaya untuk bertanding di final Debat Bahasa Inggeris Piala Perdana Menteri. Pasukan debat yang terdiri daripada saudara Luqman Harith bin Saifuddin, Mohd Dell Hakim bin Zulbahari, Nur Adilah binti Ramli dan Amira Athira binti Azman berjaya layak ke final setelah memenangi separuh akhir semasa HKSBP yang lepas. Semasa final, pasukan debat bertemu dengan pasukan dari Sekolah Seri Puteri. Setelah berhempas pulas berdebat, akhirnya keputusan diumumkan. Walaupun pasukan SMSAH disokong hebat oleh para guru dan pelajar, namun pasukan SMSAH tewas kepada pasukan SSP. Walaupun begitu, tahniah diucapkan kepada mereka kerana berjaya menjejaki final setelah 29 tahun menunggu.


niceeee...congratz pada team debate BI!