+ rm100(jaja,zulhilmi)=3288.79+
rm350(sakina,lehud,waffi100,abbas german150)=rm3638.70(25/09/11)
Dear Jenans 0105, I wish you a warm welcome to the Official EXTREME GENERATION official Home Page. The main objective of this Home Page is to serve as a meeting point for all members from near and far, regardless of country, and status. This Home Page is also aimed at serving our community,.....
We are really sorry for being missing for some time but here are some updates of our group recently. Below are pictures of Aifa Ayle's daughter, Ayla Zannirah. She was born on 15th of January 2011. We would like to wish congratulation to Aifa Ayla and her husband, Khairul Manaf.
Kuala Lumpur: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), a wholly-owned subsidiary of Permodalan Nasional Bhd (PNB), has announced an income distribution of 7.30 sen per unit and a bonus of 1.25 sen per unit for Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB), for the financial year ending Dec 31, 2009.
Last year, the government-owned fund manager declared an income distribution of 7.0 sen per unit and a bonus of 1.75 sen per unit.
Announcing the dividend and bonus for ASB today, PNB chairman Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid said the income distribution would involve a total payout of RM4.95 billion by ASNB, an increase of 19.56 per cent from the RM4.14 billion paid out in 2008.
The bonus portion, meanwhile, would involve a total payout of RM537.65 million by PNB.
The payment will benefit 6.78 million unit holders who currently hold more than 70 billion ASB units.
"Although the total numbers (dividend and bonus) looks lower this year at 8.55 sen per unit from 8.75 sen per unit last year, but in terms of total amount that we are paying out, it is higher at RM5.48 billion from RM4.79 billion last year," said PNB group chief executive and president Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.
Hamad Kama Piah said PNB was in a strong position and would make sure of continued dividend payouts.
"Based on our fund reserve, our capacity is more than 11 sen per unit but we are just paying 7.30 sen per unit and bringing forward the balance of 3.70 sen for 2010.
"This is a long term fund and we want to make sure that we are able to use the money to buy more shares and do more investment because at the end of the day, we still have to pay again," he added.
ASB recorded a gross income of RM5.46 billion up to Dec 10, an increase of 3.4 per cent from RM5.28 billion in the corresponding period last year.
Dividend income from investee companies contributed RM1.48 billion, or 27 per cent of the gross income.
Profit from the sale of shares contributed RM3.67 billion, or 67 per cent, while the remaining RM309 million or 6.0 per cent came from investments in short-term instruments and other investments.
The income distribution and bonus will be automatically credited into the unit holders' accounts.
All transactions for ASB will be suspended from Dec 21 until January 3 to enable the calculation of income distribution and bonus. Unit holders will be able to update their accounts from January 4.
ASB is a fixed price equity income fund, opened for Bumiputera aged 12 years and above. It is aimed at generating long term, consistent and competitive returns to the unit holders. - Bernama
Time | September 4 · 7:00pm - 8:30pm |
---|---|
Location | Hotel Royal Bintang, Seremban, Negeri Sembilan |
![]() | |
Maklumat Majlis:- Bayaran : RM60/pax Door gifts akan ditaja oleh PBP SMSAH bahagian N.Sembilan. Tempat adalah terhad. Sila Hubungi Aizad di 017-3665489 untuk maklumat lanjut dan urusan Booking. ...Harap dapat confirm cepat untuk booking meja. |
Date: | Saturday, July 24, 2010 |
Time: | 2:00pm - 7:00pm |
Location: | Balai Polis Pantai Tasik Putrajaya |
Posted On May 27, 2010
|
Baru-baru ini, saya menulis rencana bertajuk Bisnes Satu Peperangan yang menghuraikan bagaimana ‘peperangan’ moden hari ini tidak lagi mengguna senjata seperti pedang, senapang dan meriam. Musuh hari ini juga tidak semestinya datang menyerang dengan nyata secara langsung dari depan.
Sebahagiannya tidak kita kenali. Mereka boleh menewaskan dan menjajah kita secara lembut tanpa kita sedari. Kadang kala terdapat situasi kita sendiri rela mengizinkan musuh dengan mudah menjajahi minda dan jiwa akibat daripada tindakan kita sendiri.
Penjajahan abad ke 21 boleh menjelma daripada dua punca utama. Pertama, setelah kita begitu lama dijajah sebelum ini, masih terdapat di kalangan kita yang mewarisi ciri-ciri minda dan pandangan hidup saki-baki peninggalan penjajah. Kedua, penjajahan corak baru akibat bersengkokol kita dengan sistem ekonomi dunia yang diperkenal dan dicorakkan oleh bekas penjajah, atau penerimaan mudah oleh kita terhadap sistem ekonomi sejagat dan budaya yang dibentuk atau dianjur oleh mereka. Inilah yang lebih berbahaya.
Fenomena ini boleh kita ibaratkan seumpama pengalaman hidup gajah sarkas.
Sekalipun secara fitrah gagah perkasa, gajah sarkas cuma perlu diikat dengan tali atau rantai kecil yang mudah sekali diputuskan. Apapun, tidak terlintas di fikiran gajah sarkas untuk membebaskan diri dan merentap sehingga putus rantai kecil itu. Sehinggakan anak-cucu gajah sarkas yang dilahir dan dibesarkan dalam kandang sarkas juga tidak menyedari kekuatan semulajadi yang dimiliki keturunannya.
Tali atau rantai kecil itu menjadi simbol hilangnya kekuatan dan kegagahan gajah serta kebergantungannya kepada kehidupan di bawah tajaan pemilik sarkas. Ia dipaksa menggembirakan hati peminat sarkas kemudian dirantai kembali. Pemilik sarkas pula menghitung untung.
Inilah senario yang sebenarnya boleh menjadi kenyataan hidup kalau kita terus jumud dan tidak bertindak membela dan memperbaharui nasib diri dan bangsa. Bahayanya, ramai dari kalangan kita sekalipun sudah lama merdeka, tetapi minda dan jiwa seolah-olah masih diikat dengan tali dan rantai kecil yang serupa. Mungkin di sini puncanya ramai yang menggadai hak dan kepentingan dengan harga murah. Saham, lesen, permit, warisan tanah rizab Melayu dan Bumiputera dipertaruh sewenangnya. Ramai juga yang hilang akal setelah silau melihat harta kekayaan, lalu lupakan maruah dan harga diri.
Justeru, warisan pemikiran lapuk dan jumud terus-menerus dipanjangkan, termasuk di peringkat atasan dan kepimpinan, iaitu golongan yang diharapkan membawa perubahan dan pembaharuan. Sebagai contoh, hari ini kita berazam menjayakan konsep ekonomi dipacu ilmu pengetahuan atau ‘knowledge-driven’ dan ‘technology-driven’. Namun, hingga ke hari ini hampir di semua organisasi, baik kerajaan mahupun swasta, semua warga kerja kita masih dipanggil ‘kakitangan’ dan semua orang bawahan ‘dikakitangankan’. Apakah kakitangan yang ‘tidak berkepala’, justeru tidak berotak dan berdaya fikir, berupaya menjayakan sistem ekonomi yang dipacu ilmu pengetahuan dan teknologi canggih?
Inilah satu contoh tali dan rantai kecil yang masih mengikat minda dan jiwa ramai di kalangan kita. Daripada perspektif sejarah saya percaya kita telah ‘dikakitangankan’ pada mulanya oleh orang putih ‘pemilik sarkas’ yang pernah menjajah kita dulu. Mereka sengaja tidak mahukan kita berdaya fikir, supaya mudah mereka menundukkan dan menguasai kita. Namun, setelah lebih 50 tahun merdeka, kenapa kaedah penjajahan ini masih lagi kita gunakan? Kenapa kita sendiri masih mengkakitangankan anak-cucu, adik-beradik serta saudara-mara kita sendiri? Apakah ada di kalangan kita yang kini menjadi pemilik sarkas baru yang mahukan supaya rantai kecil terus menerus digunakan untuk mengikat pemikiran dan minda kepada segala yang lapuk dan jumud?
Teringat saya kata-kata Eleanor Roosevelt: “Tiada siapa dapat membuatkan kamu berasa rendah diri tanpa kerelaan kamu sendiri” (No one can make you feel inferior without your consent).
Sesungguhnya hari ini kita berdepan dengan penjajahan bercorak baru oleh ‘pemilik sarkas’ yang menguasai ekonomi dunia. Kuasa ekonomi negara masih berada di tangan negara maju yang pernah menjadi bangsa penjajah. Contohnya, hingga 80 peratus makanan dan produk halal yang digunakan umat Islam di Malaysia dibekal dan dijual oleh beberapa syarikat korporat multinasional (MNC) yang beribu pejabat di Eropah dan Amerika Syarikat.
Kaedah penguasaan dan penaklukan pasaran milik kita kali ini dijayakan dengan menggunakan senjata penjajahan bercorak baru, misalnya menerusi jenama global, kaedah dan teknologi proses serta kuasa pelesenan, jaringan bisnes yang memihak kepada negara maju, francais, hak cipta dan hak ke atas harta intelek, kuasa organisasi besar yang ada pada mereka serta akses kepada sumber modal global yang juga memihak kepada mereka. Sudah tentu mereka yang menguasai bisnes dan memegang kunci bahagian terbesar harta kekayaan dunia mempunyai kelebihan dalam peperangan ini.
Justeru, tidak hairan sekiranya beberapa bisnes strategik negara membangun seperti Malaysia hari ini masih dikuasai MNC milik negara dan bangsa asing yang kaya dan perkasa. MNC seperti ini adalah antara pewaris dan pemilik sarkas global. Beberapa di antara mereka masih bercita-cita untuk terus menjadikan seluruh dunia permainan sarkas di bawah dominasi mereka.
Satu contoh dominasi boleh dilihat daripada jenama produk atau khidmat yang dilindungi undang-undang. Kawalan mereka terhadap produk dengan jenama global perkasa semakin mengurangkan pilihan bagi pengguna Malaysia dan negara membangun lain. Tambahan pula dengan sumber kewangan besar yang digunakan untuk mempromosi dan mengiklankan produk mereka. Sehinggakan gaya hidup kita semua hampir keseluruhannya dipengaruhi oleh apa yang mereka tawarkan di pasaran. Justeru kita lihat minuman kola dan makanan segera Amerika, misalnya, semakin mendominasi pasaran dan mempengaruhi kehidupan.
Makanan dan minuman tradisi seperti nasi lemak, pisang goreng dan kuih semakin dilupakan dan diambil alih oleh burger, kentang goreng dan piza berkeju. Apa yang lebih berbahaya ialah apabila nilai dan gaya hidup mereka turut menjangkiti kita. Ini jelas dilihat apabila negara Islam semakin menyaksikan umat mereka bersikap melampau individualistik, hedonistik, materialistik, semakin rakus dan nafsu-nafsi.
Perhatikan bahawa niat dan matlamat MNC dengan sokongan pemerintahan kerajaan mereka banyak yang mirip kepada keinginan menjajah dan mendominasi semula. Atas dasar ini banyak negara yang lemah cuba dijajah semula dengan kekerasan, seperti Iraq, semata-mata untuk merampas kekayaan minyak negara itu.
Beberapa negara Islam lain, sama ada yang kaya mahupun yang lemah ekonominya dikuasai tanpa sebarang kekerasan. Dengan menggunakan kuasa politik atau subsidi, mereka semua terpaksa tunduk kepada arahan pemilik sarkas baru abad ke 21. Setelah peperangan terbuka tidak lagi dapat dilakukan berleluasa, mereka menggunakan kuasa ekonomi, bisnes dan korporat sebagai strategi dalam peperangan secara aman.
Dalam perang bisnes dan korporat, wang, harta, modal dan pelaburan semuanya digunakan sebagai senjata utama. Matlamat kemenangan yang dicita-citakan pula adalah nilai jualan serta penaklukan ‘wilayah’ dalam bentuk dominasi pasaran. Sudah menjadi lumrah dan adat peperangan, mereka yang berkuasa dan menang dalam mana-mana ‘peperangan’ akan meletakkan ‘panji-panji’. Dalam peperangan bisnes, bendera dan panji-panji jenama global mereka akan dikibarkan di tempat yang paling tinggi hingga tidak lagi mampu digugat pesaing.
Pada pandangan saya, untuk menang dalam peperangan abad ke 21 ini, iaitu peperangan berteraskan bisnes, Melayu-Muslim perlu menggali kembali sumber motivasi yang dapat memberikan kekuatan dan memberikan semangat luar biasa. Pertama, kita perlu segera musnahkan rantai kecil yang mengikat jiwa dan minda. Setelah itu, perlu ditiup api semangat bangsa yang berdarah pahlawan dan umat bernadikan jihad.
Antaranya, semangat Raja Haji ketika menentang Portugis di Melaka dan Panglima Salleh yang bangkit menentang Bintang Tiga selepas Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua (sebelum British kembali memerintah). Demikian juga semangat juang yang ditunjukkan oleh anggota Polis Bukit Kepong, Muar yang berjuang hingga terkorban jiwa dan raga. Lebih menyentuh hati apabila semangat kepahlawanan kalangan isteri anggota Polis terbabit yang turut sanggup menggalas senjata berjuang lebih-lebih lagi setelah melihat suami tercinta gugur di medan perjuangan.
Namun, bagi peperangan dalam aman hari ini, kita perlukan barisan pejuang bangsa dan mujahid bisnes baru. Kita perlu kedepankan ahli bisnes, eksekutif korporat dan wira-wira CEO Melayu-Muslim berjiwa besar, berjatidiri dan keras pegangannya kepada prinsip hidup berteraskan nilai-nilai utama agama dan bangsa.
Malangnya ramai CEO dan ahli korporat Melayu-Muslim berebut meniru kaedah bisnes dan gaya pengurusan pemilik sarkas lama secara bulat-bulat. Apa yang dibimbangkan, terdapat di kalangan mereka yang masih tebal warisan minda gajah sarkas, ghairah ‘mengkakitangankan’ orang bawahan, langsung terlupa tanggungjawab, amanah dan kewajipan. Kesannya, ramai yang terlupa di mana letaknya kekuatan sebenar dirinya dan ghairah meneruskan warisan aksi sarkas berteraskan nada dan lagu yang dialunkan oleh pemilik sarkas yang sememangnya berniat untuk mendominasi minda dan jiwa, mengkhayalkan serta menutup mata hati kita daripada menyedari siapa kita sebenarnya.
Kini telah tiba masanya cucu-cicit ‘gajah sarkas’ membebaskan diri dengan mengenali jatidiri dan fitrah mereka sendiri. Telah tiba masanya ‘rantai-rantai kecil gajah sarkas’ yang merendahkan martabat dan maruah digantikan dengan pegangan kepada ‘Tali Allah’ yang memberi kita kekuatan dan keperkasaan luar biasa. Barisan mujahid bisnes di abad 21 wajib menggantikan jiwa kecil warisan zaman lemah sebelum ini dengan semangat jihad berlandaskan perjuangan untuk kembali kepada darjat umat terbaik dan khalifah, sekurang-kurangnya di bidang ekonomi di dunia.
Muhammad AliBlog Business Jihad sebenarnya turut ditujukan sebagai satu ruang atau platform untuk berinteraksi dan berdialog mengenai isu yang sangat penting ini. Bagi tujuan mengaktifkan lagi interaksi dan dialog yang membina, dua kolum baru iaitu “FORUM” dan “BUSINESS JIHAD JOURNEY” kini diperkenalkan. Harapan saya, kedua-dua kolum ini mampu merealisasikan sepenuhnya matlmat dan objektif Jihad Bisnes yang bertujuan memartabatkan ummah.
Kolum pertama iaitu “FORUM” akan difokuskan kepada isu semasa yang berkaitan dengan perjuangan Jihad Bisnes untuk mengembalikan kegemilangan dan kekuatan ummah yang telah lama hilang, terutamanya dalam sistem ekonomi global yang dipacu bisnes pada hari ini. Para pelawat adalah digalakkan untuk sama-sama menyumbang idea dan pandangan yang berkaitan dengan topik dan isu yang dibincangkan.
Matlamatnya adalah untuk menggalakkan perdebatan dan menggariskan pelan tindakan bagi membolehkan usahawan Muslim dan eksekutif korporat terutamanya untuk bersama-sama bangkit dan memainkan peranan masing-masing untuk membawa perubahan dan meningkatkan taraf kehidupan kepada yang lebih tinggi sekaligus membebaskan umat daripada tahap kemiskinan pada hari ini. Kemiskinan selama ini telah mengakibatkan kelesuan, peminggiran, kemelampauan dan penindasan yang kita alami.
Kolum kedua yang akan diperkenalkan adalah “BUSINESS JIHAD JOURNEY” yang bertujuan untuk berkongsi pengalaman bersama para pelawat mengenai program atau aktiviti yang dijalankan yang berkaitan dengan agenda perjuangan Jihad Bisnes.
Kolum “BUSINESS JIHAD JOURNEY” antara lain akan memuatkan pengalaman peribadi penulis dalam program, perjalanan dan lawatan yang mempunyai hubungan secara langsung dalam mencari pengalaman dan idea baru berkaitan Jihad Bisnes yang diharapkan mampu membawa perubahan dalam masyarakat Muslim melalui reformasi ekonomi pacuan bisnes. Cara terbaik adalah dengan mengenengahkan kejayaan bisnes pada masa lalu dan sekarang di kalangan Muslim.
Saya amat mengalu-alukan pelawat sekelian untuk terlibat secara aktif dalam blog ini melalui perkongsian pengalaman masing-masing untuk dimanfaatkan kita semua. Inilah perjalanan yang harus kita tempuh bersama untuk menjayakan aspirasi dan matlamat Jihad Bisnes.
Sebagai permulaan, saya mulakan Forum ini dengan pandangan peribadi saya mengenai “Dasar 30%” sasaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah dilancarkan pada awal tahun 1970an.
Minat saya dalam membawa para pembaca kepada subjek “lama” ini adalah berkaitan dengan satu artikel yang dikeluarkan dalam Utusan Malaysia pada 8 Jun bertajuk “Pemuda Pas tetap pertahan ekuiti 30%” yang merujuk kepada sasaran 30% DEB.
Saya selalu menegaskan bahawa sesungguhnya 65% wajib dijadikan sasaran oleh Muslim Malaysia, sekaligus menolak sasaran lama 30% DEB tersebut! Dalam Jihad Bisnes, kami telah menjadikan sasaran 65% sebagai lambang kepada aspirasi ini.
Rasional dan logiknya adalah mudah. Jika Muslim dan Bumiputra mewakili 65% daripada populasi penduduk Malaysia, prinsip yang lebih adil bagi pembahagian ekuiti menuntut agihan kekayaan “kek ekonomi” negara perlu dikejar dan disasarkan pada 65% sebagaimana nisbah saiz populasi kaum masing-masing.
Apa jua nisbah yang diberikan kurang dari 65% secara jelasnya bertentangan dengan prinsip keadilan sosial. Sesungguhnya nisbah yang kurang dari 65% pada jangka panjangnya akan memerosotkan kedudukan mereka sendiri. Ia akan mengakibatkan pengecilan kekal berpanjangan, sekaligus juga satu perangkap (andainya diizinkan saya mengguna istilah Presiden Amerika Barack Obama dalam ucapan beliau baru-baru ini yang disampaikan di Kaherah ditujukan khas kepada umat Islam), satu perangkap yang akan menjadikan umat Islam “banduan kepada sejarah lampau”. Sesungguhnya, nisbah yang kurang dari 65% sekaligus merupakan satu penghinaan kepada maruah Bumiputera terutamanya kaum Melayu sebagai Muslim dan kepada Islam sebagai agama yang benar bagi khaira ummah.
Debat yang lebih mendalam perlu difokuskan ke atas apa yang perlu dilakukan oleh kaum Melayu dan Muslim untuk mencapai sasaran 65% daripada apa yang mereka perolehi pada masa ini. Di sinilah Jihad Bisnes sebagai satu gagasan penyelesaian kepada keadaan ini.
Umat Islam tidak mempunyai pilihan selain daripada berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai matlamat ini dan melakukan perubahan. Mereka perlu bermuhasabah dan kembali kepada ajaran Islam, sejarah kejayaan dan pencapaian kekayaan terdahulu, mengenalpasti keupayaan, sumber kuasa dalaman dan motivasi menuju kejayaan. Justeru, mereka perlu mencari landasan baru dengan menggunakan kebijaksanaan yang diwarisi serta semua ilmu pengetahuan, kemahiran dan kepakaran termasuk melalui “teknologi organisasi” dan membina institusi-institusi yang mampu menyokong dan mengekalkan usaha ini generasi ke generasi.
Paling penting sekali, mereka perlu mentakrifkan semula agenda yang memberikan inspirasi dan membawa mereka kepada tahap yang berbeza – tahap yang seharusnya dicapai oleh umat Islam sebagai khalifah. Justeru, sasaran dan program-program untuk mencapai 30% sebagaimana yang telah ditetapkan dalam DEB yang hanya akan menjadikan mereka kekal lemah, lesu dan ketinggalan adalah wajar ditolak!
petikan dari, www.businessjihad.com(written by Muhammad Ali Hashim)
6th March 2010
8am-3pm
U1, USJ1, Subang Jaya
Yearly event...something to look forward.
Bring all the supporters, bring the batches together to make it an event to remember.
See how the super seniors, seniors and juniors fare...
START PRACTICE NOW!!! If u dont...its ur choice....
Basic Info:
A team of 8 players..
Unlimited participants according to batches..
RM250/team
LAST DATE TO ENROLL(register+payment) : 21/2/2010
For further info:
Naseer Musa 0122289007
Ismail Ishak 0122574104
Hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan senarai 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang bertujuan untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia.
Daripada 20 buah sekolah tersebut, 10 buah adalah sekolah berasrama penuh, empat sekolah harian biasa dan enam sekolah kebangsaan.
Berikut adalah senarai penuh SBT 2010:
| ![]() |
Written by tower | |
Tuesday, 17 November 2009 21:46 | |
Sebuah program yang merupakan antara aktiviti dalam kalendar PBPSMSAH, bersama dengan kerjasama Yayasan Sultanah Bahiyah. Yayasan Sultanah Bahiyah ialah sebuah organisasi amal yang dinamakan bersempena dengan nama pengasas dan penaung DiRajanya yang pertama iaitu Almarhumah Tuanku Bahiyah Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. YSB diperbadankan pada 20 Ogos 1996. Ianya ditadbir oleh sebuah Lembaga Amanah dan kini diterajui oleh YTM Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai pengerusi. Program anak angkat ini merupakan satu program yang diadakan untuk semua anak-anak kedah yang kurang bernasib baik ( anak yatim, keluarga miskin dsb) untuk diraikan dan diberikan pengalaman untuk bersama keluarga angkat di Kuala Lumpur sambil menjalankan aktiviti2 berilmu dan juga bercirikan riadah. Program ini dirancang untuk diadakan pada 20 hingga 27hb Disember 2009 Persatuan ingin menjemput semua ahli2 untuk tampil kehadapan untuk memberikan sumbangan dari segi: 1. Menjadi keluarga angkat untuk selama seminggu ( sekurang2nya 2 orang per keluarga ) 2. Memberikan bantuan untuk aktiviti2 yang boleh dijalankan dalam masa seminggu, samaada dalam betuk ilmiah atau riadah. 3. Menjadi pengiring untuk anak2 tersebut semasa mengadakan aktiviti ( khusus untuk alumni junior ) 4. Kami juga memerlukan bantuan untuk pengangkutan peserta ke tempat2 lawatan yg akan dirancang kelak. Sekiranya anda berminat untuk membantu, sila hubungi kami ( melalui forum ) atau menghubungi Tn Haji Razali ( 0192229797 ). TERUS BERBAKTI! petikan dari laman web rasmi alumni |
Assalamualaikum wth
Dari mana kita bermula penting ,tapi yang lebih penting ialah bagaimana kita berakhir. Orang cina bermula dengan bekerja sebagai pelombong bijih timah, Orang india bermula sebagai pekerja estet. Orang kita bermula sebagai pemilik tanah dimana mengalirnya darah keturunan kita. Tapi orang cina berakhir dengan menjadi pemilik bangunan-bagunan besar, orang india menjadi pemilik kepada ladang-ladang yang besar.Orang kita berakhir bagaimana?
Orang cina yang dahulunya bermula dengan menjual sayur kini sudah menjadi penanam sayur yang besar malah mereka menguasai gedung-gedung sayur yang besar. Ini baru sayur, belum ikan,daging, ayam malah sampai ke telur ayam pun di kuasai oleh mereka. Dimana orang kita? Orang kita asyik dengki sana ,dengki sini. Orang kita bila orang kita berada di dalam kesusahan akibat gagal dalam perniagaan, orang kita akan lebih menekan orang kita itu. Itulah orang kita. Orang kita bila sudah kaya mudah lupa akan wujudnya orang kita yang dahulunya membantu orang yang bernama orang kita itu.
Penguasaan ekonomi orang kita sangat sedikit ketika ini. Banyak faktor yang menjadi penyebab kepada fenomena ini. Salah satu nya ialah tiadanya penyatuan yang bersungguh-sungguh oleh orang kita itu sendiri hingga menyebabkan kehidupan orang kita menjadi sebuah kehidupan yang papa dan bersedirian.Kita lupa bahawa, kita tidak akan berjaya menguasai ekonomi secara bersendirian,kita pelukan kawan dan persatuan.
Dengan adanya persatuan ini kita berharap agar kita dapat kembali memulakan apa yang di disyorkan oleh agama kita iaitu mengumpul kekuatan untuk menguasai kuasa yang semakin hilang dari genggaman kita iaitu kuasa ekonomi. Boleh kah kita lakukannya ? Boleh dengan satu syarat kita harus jujur,bersungguh-sungguh dan berani merubah diri kita. Dengan cara apa ? Dengan cara yang kita lakukan sekarang. Kita berkumpul ,berfikir secara bersama, khusus dalam hal berekonomi secara bersungguh-sungguh. Kalau kita tidak berjaya merubah kesemuanya memadai kita dapat merubah kumpulan kita,diri kita dan keluarga kita menjadi kuat dari segi ekonomi.
Adalah lebih baik kita bermula dari yang kecil tapi berhasil dari yang besar akhirnya kita bubar. Untung yang kecil dan sedikit tetapi jika di kumpulkan lama-lama akan jadi banyak. Kita tidak perlu menunggu untuk ada kemampuan yang besar baru kita merubah keadaan ini, kita tidak perlu menunggu modal yang besar untuk memulakan perniagaan. Mulakanlah dengan yang kecil, kerana yang kecil mudah di uruskan berbanding yang besar, ini bukan bermakna kita tidak inginkan yang besar, tetap kerana hanya dengan memulakan dari yang kecil itu kita mampu membina yang besar dimana yang besar itu terbina dari asas yang teguh dan kuat.
Sertailah persatuan ini, semoga dengan adanya penyatuan dari kita di persatuan ini,kita akan jadi lebih kuat dan bersemangat . Dengan kekuatan dan semangat itu nanti di harap objektif utama persatuan ini dapat di capai dengan sempurna dan bijaksana.
© Copyright .:Extreme Generation:.. All rights reserved.
Designed by FTL Wordpress Themes | Bloggerized by FalconHive.com
brought to you by Smashing Magazine