| ![]() |
Written by tower | |
Tuesday, 17 November 2009 21:46 | |
Sebuah program yang merupakan antara aktiviti dalam kalendar PBPSMSAH, bersama dengan kerjasama Yayasan Sultanah Bahiyah. Yayasan Sultanah Bahiyah ialah sebuah organisasi amal yang dinamakan bersempena dengan nama pengasas dan penaung DiRajanya yang pertama iaitu Almarhumah Tuanku Bahiyah Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. YSB diperbadankan pada 20 Ogos 1996. Ianya ditadbir oleh sebuah Lembaga Amanah dan kini diterajui oleh YTM Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz binti KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai pengerusi. Program anak angkat ini merupakan satu program yang diadakan untuk semua anak-anak kedah yang kurang bernasib baik ( anak yatim, keluarga miskin dsb) untuk diraikan dan diberikan pengalaman untuk bersama keluarga angkat di Kuala Lumpur sambil menjalankan aktiviti2 berilmu dan juga bercirikan riadah. Program ini dirancang untuk diadakan pada 20 hingga 27hb Disember 2009 Persatuan ingin menjemput semua ahli2 untuk tampil kehadapan untuk memberikan sumbangan dari segi: 1. Menjadi keluarga angkat untuk selama seminggu ( sekurang2nya 2 orang per keluarga ) 2. Memberikan bantuan untuk aktiviti2 yang boleh dijalankan dalam masa seminggu, samaada dalam betuk ilmiah atau riadah. 3. Menjadi pengiring untuk anak2 tersebut semasa mengadakan aktiviti ( khusus untuk alumni junior ) 4. Kami juga memerlukan bantuan untuk pengangkutan peserta ke tempat2 lawatan yg akan dirancang kelak. Sekiranya anda berminat untuk membantu, sila hubungi kami ( melalui forum ) atau menghubungi Tn Haji Razali ( 0192229797 ). TERUS BERBAKTI! petikan dari laman web rasmi alumni |